Friday, December 10, 2010

~ Rambut gugur selepas bersalin?

Skang ni fiqa da nak msk 4 bulan. Start 3 bulan ari tu dia da stat main air liur. Dia suka wat bubbles! Memula jiran saya perasan yang fiqa main air liur, then dia tanya saya ada gugur rambut x. Time tu saya x perasan problem gugur rambut ni, pastu, bile saya perati, a'a, betul rupanya. Bila sikat rambut, banyak yang gugur.



Fiqa suka wat bubbles!

Bubbles lagi..


Apa puncanya?
Keguguran Rambut Selepas BersalinKeguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!

Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut.

Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin.

Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin:
-Keguguran rambut 3-5 bulan selepas bersalin
-Keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
-Dalam kes yang lebih serius, rambut gugur sercara bertompok-tompok.


Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin:
1. Kulit kepala berminyak atau gatal.


Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan merembeskan banyak minyak sehingga menjadikan rambut berminyak. Apabila ini berlaku, anda tidak akan dapat membersihkan kotoran-kotoran itu dengan syampu biasa.

2. Keguguran “Rambut Bayi”

Rambut jenis ini akan mula gugur jika terdapat masalah pada folikel rambut.

Umumnya, rambut yang gugur akan tumbuh semula selepas kira-kira 5 bulan. Walau bagaimanapun, jika rambut anda terus gugur selepas tempoh 5 bulan dan kulit kepala semakin jelas kelihatan, anda tidak patut mengabaikannya! Ini akan menjadikan anda tua dan lesu, langsung tidak seperti ibu baru. Selain itu, masalah keguguran rambut anda juga akan menjadi masalah kekal. Apabila nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun tidak ada gunanya!

Itulah sebabnya anda perlu mendapatkan konsultasi profesional jika anda mula keguguran rambut 3 bulan selepas bersalin. Anda akan dapat menyelesaikan masalah rambut anda dan mendapat kembali rambut yang lebat dalam masa yang tersingkat.




Bila saya da dapat info tu, baru saya tau benda tu normal. Its cause of our hormon. Boleh recover balik after 5th month,otherwise, kena cari shampoo rawatan yang sesuai/ jumpa specialist!



Love, an

Thursday, December 2, 2010

~ TV Plasma / TV HD?

Dalam kepala saya rs mcm nak beli tv baru, tv yang sedia ada cam nak hantar kampung aje. Tapi semua idea telah di'reject' oleh abi..Abi kata "kalau nak beli, tunggu jelah bila pindah rumah kita nanti..nnt karang kalau pindah rosak pulak tv tu.." betul juga..tapi saya nak survey juga ..antara plasma ngan HD mana yang best.
So ape lagi, kalau nak beli barang, kena la kumpul duit skang! Moral of the story, elakkan berhutang..
Love, an

Tuesday, November 30, 2010

~ Nak Pakai 'Baby Swing'

Semuanya tidaklah berjalan seperti yang kita impikan. Yelah, perangai budak ni lelalain, ada yang senang je tido. Bila kenyang, tepuk2 sket dah bleh tido dah. Yang letihnya, bila tepuk2, kena pegang, x tido2.. Minggu depan saya da kena p outstation..risau pulak saya kalau fiqa x leh tido bila tinggal dgn abinya nanti..pk2, kami pun belikanlah baby swing untuknya..



Fiqa dok kat rocking chair dulu yek, abi nak pasang buai..


spring & net



beli chrome ni..mcm tahan jek..shop @ Babyland PJ, RM 165

fiqa memula rs cam pelik naik buai..

akhirnya fiqa tido dlm buai juga..
Walaupun fiqa dah ada buai..tp kami tidaklah biasakan dia pakai buai tu..coz fiqa bila nak tdo suka nak ngempeng..hehe..pas tu dia pun tertido..Fiqa ni jenis x tido siang..so kalau siang, bila dia da tido, masuk dalam buai bleh la tahan sket lenanya..
Love, an

Sunday, November 28, 2010

~ Hari Keluarga H.D. Tasu

Hari raya aji ke-4 yang lalu, kitaorg p balik kampung selama, (kampung tok ). abah in charge untuk family day Haji Dahaman Tasu, iaitu ayah tok. Kalo saya ni hubungannya adalah cicit menantu.

Geramnya dia nih!!comei! comei!

Anak ngan bapak, sama je..

Fiqa ngan Opah, Darwish ngan Acu

Petang ada sukaneka

Ni keluarga Tok Limah

Ni lah keluarga H. D. Tasu! Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Best bila buat family day mcm ni, bleh kenal saudara mara dan mengeratkan tali silaturrahim. Ntah bila lagi nak buat edisi yang kedua. Sampai jumpa lagi!

Love, an

Tuesday, November 23, 2010

~ Ziarah Nyai

Raya hari tu x dapat nak berjalan jumpa nyai tersayang kerana saya masih di dalam pantang, so masa cuti Deepavali ni lah baru free nak jumpa Nyai. Nyai ni dalam bahasa Jawa. Kalau bahasa melayunya adalah nenek. Kalau moyang Afiqah akan panggil Nyai buyut. So kami pun berkumpul ramai2 di rumah nyai pada hari tu..



Fiqa, anak mama yang comel ms otw balik kampung!



Fiqa dengan Nyai!


Uda ngan mak ngah main ngan fiqa




Masa balik dari ziarah Nyai, singgah di Kulai rumah orang kenduri.




Mak ngah sedang memilih menu, mak su fiqa kena pau malam nih!


Fiqa nak air?



Ahh! saya minum pakai botol je!


Abi..nak mamam jugak..huhu..

Aih, tembamnya anak mama nih!


MuacchH!!

makan! makan!






sebelum..

selepas!


Best sungguh p jalan2, n makan2 1 family mcm ni. Buat mak su afiqa, time kaseh daun keladi, ada masa, belanja lah lagi! nnt murah rezeki..


Love, an

Friday, November 12, 2010

~ Konsep asuhan alami

Dari sebelum bersalin lagi saya dah bercita- cita untuk breastfeeding (bf) dan menggunakan cloth diapers (CD) untuk baby saya. Bila saya go thru megazine pa & ma Disember 2010 edition memperkenalkan konsep 'asuhan alami' iaitu asuhan melalui penyusuan susu ibu, penggunaan kain lampin moden (CD), dan penggunaan penggendong bayi (baby wearing).

Nampaknya saya dah implement a part of konsep ni. Memula pasal breastfeeding (bf). Minggu pertama sy lahirkan baby, susu saya mcm x kuar. Ada la setitik dua, sampai anak saya nak kena kuning (jaundice). Bila nak kena jaundice tu lg la sy risau, da la susu x kuar, nipple rata, anak pulak nak kena kuning..memang stress time tu..tapi Alhamdulillah, lepas beberapa minggu, semua da ok. How do i do? memula sebab nak suh baby minum juga bagi mengelak baby kena jaundice yang serius, saya kena breastfeed juga, jgn bagi susu lain, doktor kata elakkan makan halia n jangan makan herba cina. Problem nipple rata tu bleh atasi dgn pakai breast shiled. Susu x banyak tu, kite kena bf baby selalu, memula mmg sket je, tapi lelama jadi banyak. Makin kerap kita kosongkan payudara kita, makin banyak susu yang dihasilkan. Lagi, kena minum susu Anmum Lacta, Enfa Mama A+, nursing tea,pil asi..makan makanan yg boleh tambah susu, akhirnya sy berjaya jugalah bagi baby bf.Yeah !!




Ni barang persiapan bf yang saya during pregy untuk keperluan bf cik baby..ada milk storage bag, disposable breast pad, snow bear breast pump dan nursing bra.




Organic nursing tea ni bagus jugak diminum.



Ni kami di JJ, suka facilities di cini, ada nursing room.


Lagi satu, pakai CD. Saya start gunakan CD after fiqa sebulan. Yelah, kalo baru pas bersalin nak pakai, kiter kan belum betul2 sembuh lagi, belum betul2 kuat. Lagi pun ms awal2 baby lahir, dia kena kerap minum n makan. So banyak la berak dia. Pakai CD ni mmg bagus. Saya rasa jimat sgt pakai CD ni, sampah pun x banyak nak buang..kalo x asik keje nak buang pampers je..so skang kalau nak travel je la pakai pampers..pampers pun dah la mahal gile..kalau mamy poko tu JJ dah 39.90, kalau kat labis murah sket, 32.90..pastu kejap je abis, 1 pek 48/52 pcs leh tahan 10 hari je..






Memula saya beli lunatots..





Pastu saya belo Coola baby, QQ, Minky QQ dan Diana MP

Pastu beli Autumz kat One Baby World

Baby Afiqah n Lunatos!

Moral of the story, bf la baby anda, dah leh jimat duit susu, benefit berganda lebih baik dari susu formula plak tu. Lagi 1, pakai la CD, go green, n x yah nak pk bajet beli pampers, leh pakai sampai baby nak potty training.Jimat!! haha..skang cuma baby wearing je yg sy x try lagi. Kalau dah akauntan tu, value for money must come 1st !!hehe..



Love, an

Tuesday, November 2, 2010

~ Bekerja selepas pantang

This week sy dah mula bekerja. Agak sengal jugalah bila nak restart enjin balik nak mula kerja ni. Al-maklumlah, bila da lama relax otak ni x pk kerja tetiba nak kerja balik tu memang agak lemau siket.asik teringat kat baby fiqa.


fiqa..mama rindu..

Pagi hari pertama hantar dia p baby sitter, dia memula diam, ye lah, takut kalau dia dok ngamuk2 susah hati pulak nak tinggalkan. Tapi alhamdulillah, dia cool je..masa rehat thari saya call baby sitter, rupanya pg td dia nangis kuat, x mau susu botol..hmm..slalu da dapat direct bf, ni tetiba dapat botol, rs lainlah tu..lepas kerja, balik rumah terus p amik dia. Dia punyala suka dapat bf..lapar agaknya..yelah..bekalkan 16oz, yang abis cuma 7oz. Sy bg dia bf sama baring dari selapas maghrib, terus tertido..bangun kul 3 pagi..apa yang mama n abi fiqa buat kul 3 pagi? saya makan nasik, basuh baju bb, mengepam EBM, abang bangun lipat lain..huhu..life after having a baby..haha

Lepas dia x mau botol tu, saya beli puting botol lain untuk fiqa. nak cari puting yang lembut sikit..before pakai botol Bumble bee dan tomme tippee..memula dia nak , pas tu dia x nak pulak..hmm..kenalah cari alternatif lain..maybe dia x suka silicon kot..silicon tu kan mcm pejal sket..so sy belilah puting botol NUK..shape puting ni mcm lain sket..ada shapenya mcm ada muncung ..saya beli yang latex, latex lembut sket dari yang silicon.. skali salah beli daa..sy terbeli yang std size pulak..so p la jusco mid valley, beli yang lain, beli yang wide neck pulak..ye la, untuk matching dgn botol bumble bee..

ni NUK yg sy tersalah beli

ni bottle bumble bee yang matching dgn puting NUK.cam pelik sket bentuknya


Bila balik dari jusco terus bagi training kat fiqa pakai NUK..dia nak la jugak..skali esoknya bila hantar kat baby sitter, rupanya dia x mau juga..dia mau yang bottle tommee tippee pulak..hmm..ape2lah anakku ..asalkan boleh minum sudah.lega juga bila tau dia dah mau bottle tomme tippee..coz its imitate breast mom, so kuranglah nipple confuse dia..hehe..



ni bottle tommei tippee fiqa, modern shape, imitate breast mom.bagus la jugak botol ni, i like!


Love, an

Thursday, October 28, 2010

~ Pengalaman mengandung ~ 9 bulan yang membahagiakan

Bila teringat balik n tengok gambar2 masa pregnant, saya sangat rindukan masa tu..haha..time to be pampered lah katakan..Alhamdulillah, walaupun time tu keje sy tengah peak dan keje pun selalu stress, sy x mengalami morning sickness yang teruk. Cuma evening sicknes sket2 je.. Masuk je minggu baru, saya akan surfing internet mengenai perkembangan bayi dalam kandungan..ye la..selalu nak tau, cik bb dalam perut saya ni tengah watpe, dah besar mana, n bagaimana bentuk dia..hihi..saya juga suka sangat baca majalah pa & ma.Banyak info yg saya dapat drp bc magazine ni. Ni serba sedikit citer saya during preggy,

12 Nov 09 ~ as usual, jot down, my period date

18 Dis 09 ~ Aih..rasa2 period mcm dah lewat ni..almost 2 week lewat.buat upt self test-So surprise!! Tergezut aku.Its +ve !!


1 mth ~ jalan2 Ipoh, sy still slim masa ni


31 Dis 09 ~ Buat 1st check up klinic pusrawi untuk confirmation. Kompem! upt test still +ve, bila doctor cek dari my last date period,usia kandungan saya 7 minggu n expected due date 19 Ogos 2010. Doctor give me folic acid n katanya lagi, jgn ganas2,jgn angkat yg berat2..time ni la nak manje2 sket..huhu

18-20 Jan ~ P Penang, ada meeting ,

2 mth ~ a, ni Pn. Hjh. Rosnah ajak sy naik feri Penang , masa otw balik nak p airport.


3-5 Feb 10 ~ P kursus ISO di IPP Langkawi.

10-12 Feb 10 ~ P jalan2 makan angin pulak dgn my hubby di Langkawi..yelah.ms lepas kawin mmg x de ms nk p jalan2..dah ada bb dlm perut br nk honeymoon..huhu..

3 mth ~ best sungguh jalan2 di Pantai Cenang, pasir dia lembut sangat! kat sini sy feel mcm kat oversea beach pulak..ramai sangai omputeh..pakai seksi2 plak tuh..tp kat sini mmg besh!

esoknya kami p pusing2 1 island, ni kat Telaga Habour

At peak! siap naik cabel car p Gunung Mat Cincang tuh..

during 3 bulan ni ada gak p wedding, ni kat wedding nono kat Parit Buntar

6 Feb 10~ 2nd check klinik pusrawi. Scan 12 minggu, dah nampak ada kepala dan tunas kakinya..ui..kiut sungguh!Doktor stat bg obimin n calcium.ms ni, baby sedang membina tulangnya, so kena la mkn calcium.klu x kalsium aku pulak yg diambiknya..tu yg ada org bl awal2 ni sakit gg,skt tulang..alhamdulillah, sy x de pulak rs mcm tu..

4 mth ~ attend wedding nono yang kat muo pulak..


20 Feb 10 ~ Buat check darah. Saya memang dari dulu x tau blood group saya, baru ni lah nak cek, so barula tau, rupanya saya darah B+..

2 Mar 10 ~ Hmm..this week kena demam la pulak.dapat mc 1 hari. Saya dmm, batuk, muntah2..langsung x bleh minum susu anmum.so, just for a while ms dmm ni hubbyku suh aku stop jap minum susu..kekadang tu klu aku x sempat nak ke toilet, terus tersembur..thanks to my hubby yg cukup memahami n tolong bersihkan muntahku selalu..

7 Mar 10 ~ This week ada meeting Ketua Caw. Urusan Pendaftar di Langkawi..balik je dr airport, trs je p clinic utk 3rd check. Minggu ni dah 16 week ni. Scan lg dah nampak bb dah grow up..Doktor still bg obimin, calcium.Bila dah masuk 16 week ni, asal ptg je perut aku akan rs tegang, kdg2 mcm sakit kat perut.Baby nak membesarlah tu. Selalunya, strechmark akan terjadi pada perut kiter melalui proses pembesaran baby ni. Melaui pembacaan sy,kite boleh elakkan strechmark ni dgn menyapu minyak pd perut kita.So memula tu sy beli la Johnson baby oil yg kecik je..then baru teringat before this saya pernah beli bio oil. Bio oil actually better untuk hilangkan kesan2 parut dan strchmark ni, or untuk meratakan tonne kulit yg x sekata..Alhamdulillah, , tiada strechmark sampai perut sy membesar.

9 Mar 10 ~ Batuk masih ada..ni amat standard bagi sy yg klu dilanda demam dan selsema maka akan diiringi oleh batuk dalam tempoh yg panjang..skang ni klu aku rs gatl tekak je, kena la p toilet cecepat.kang termuntah pulak kat bilik..

17 Mar ~ Selsema pulak..batuk lum baik lg..Alahai..lama sangat batuk ni..memula saya x mkn ubat batuk yng doktor bg, dengan harapan akan baik sendiri..lg satu, saya ada kawan yang dulu nya dia batuk n makan ubat batuk terus mengalami keguguran..that why sy takut nak makan.tp sy x tahan la..so sy pun makan la ubat batuk tu..lg pun dos yg doktor bagi tu mmg dos yang light dan sesuai untuk orang yang mengandung.

24 Mar ~ Today batuk da kurang, dmm da baiik, tinggal selsema sket. Hampir kul 10 pagi bila saya p toilet, saya dapati mcm ada coklat kemerah2an..alamak apa tuh..?!! takut saya..bleeding ke, kawan office advice p klinik cecepat..sumer org pelik nape pulak la hubby saya naik office hari tu..huhu.takut seh..bila kat klinik doktor scan, tengok bleeding bukan dari baby..baby aktif, nampak dia gerak2 nak ada kaki dia tepat2 kat scanner tuh..comei sungguh! Doktor advice suh rehat sebab aku ni travel banyak sangat..org jawa kata renyah gitu..n dia kata maybe bleeding tu sebab kat vagina kite ni banyak saraf2 halus, lembut dan sensitif, mungkin ianya terluka semasa saya buang air besar pagi tadi..

25 Mar ~ Maka dapat la saya mc untuk rest 1 hari..saya kena rehat je..x leh wat keje..basuh pun jangan, kemas pun jangan..baring je..

22nd week ~ Saya rasa baby tendang makin kuat!

5 mth ~ ari ni ada family day financial planning unit tnb kat one utama.diorang main boling..sy jadi tukang sorak jelah, hihi


29 Apr ~ 23rd week. Everyday dok tengok perut. Perut sy makin besar! Diametr 36''.


6 mth ~ masa ni ada wat gathering dgn kawan2 matrix. Dapat main2 ngan baby2 member ni besh betul! x sabar nak tunggu bb saya keluar..


10 May ~ Baby makin besar, kadang2 bila bb mengeras perut depan sy ni rasa sakit..pinggang pun sakit2..

11 May ~ Klu ptg je perut da rs tegang, pinggang da rs skt..

18 May ~ Baby makin agresive! Pg tadi dia yg kejut mama n abi dia bgn.abi very excited dpt rs tendangan bb..terus cakap nak beli stroller..amboih..hehe

20 May ~ Ada Jcard mmbrs day kat ou! Borong abis smpi 600> shopping barang baby! Before beli brg baby, beli bj utk abi n mama bb dulu..hehe..abi da beli stroller utk bb!

9 Jun ~ Check up.kena cucuk lg.bb makin agressive.skang klu dia pusing da nampak timbul sn sini, ntah siku, kaki, x tau la..x jd nk scan 3D kat vision kolej. Hujan lebat then elctric down.

8 Jun ~ Stat cek pakar dengan Dr. Habibah. Skang ni tido mlm mmg suka kena cramp2 kaki..klu terjaga je mmg keraplah kena.so my hubbylah jd mangsa kena kejut n urut2 kakiku ini..thanks abang..lg 1, ari tu atas perut aku ni mmg akan rs cam sesak, n rs sakitlah sikit..mcm ala2 gastrik gitu..tp masuk 35 minggu ni, dah x de rs cam tu..rupanya dlm tempoh awal 30th week- 34 week tu baby makin membesar dan belum turun lg..masuk 35 minggu bb dah turun sket..so ada la ruang atas perut ni..so dah x sakit lagi! Yea!!

7 mth ~ ni attend wedding azi kat Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Jumpa GG, dia pun pregnant 3 bulan.

ni pas balik dari wedding Zaki kat kampung n wedding Poyo kat Selayang,


12 Jun ~ Buat 3D scan @ vision college..bb sangat comel..tengok dia move, smile, n ppnya sgt tembam!


ni la bb sy ms dlm perut, bila digeletek suh dia move, dia senyum2..kiut kan!

tengok pp dia..bb suka minum susu anmum!


20 Jul ~ Cek Dr Habibah.36 week. Berat naik lg 1.2 kg menjadi 61.2kg ! Baby dah engage.dah msk ke ruang pelviks.so skang ni pun dah bleh rs contraction n rs perut dah penuh. Klu nak tdo mlm perut da rs sakit.nak kalih2 ke kiri kanan pun rs sakit sket.rs dah berat..kaki alhamdulillah, x de pulak bengkak/ urat2 timbul.cuma da kembang la sket..ye la..selaras dgn perkembangan aku..dr kata bb belum smpai 3 kg lg.mayb its abt 2.6@2.7.. today family abang dari Taiping dtg cni, jemput Adik Lah blk dr mesir d klia.

21 Jul ~ P jalan2 i-city, tengok lampu!

9 mth ~ sebelum g i-city p makan dulu kat restoran Kaseh kat Shah Alam

best jalan2 kat sini, tgk colourful lighting.da 9 bulan nih besar sungguh saya..from s to xxl..


3 Aug ~ Check up specialist Dr. Habibah lg,ni dah masuk38 week. Buat CTG, check heart beat bb n contrction,Dr kata bb dah matang, so anytime bleh kuar n klu rs x puas hati dgn movement bb, bleh induce n deliver. O ya..td mgt meeting da ckp ngan bos nk hand over keje..takut terdeliver awal..hehe

4 Aug ~ Stat today kena amik catatan pergerakan bb, @ least kena ada 10 kick dlm ms 1 hari.

9 Aug ~ Cek Dr. Habibah..Dr. buat VE.katanya vagina dah lembut.klu nak induce pun da ok. Tp x yahlah paksa baby, tunggu masa je..skang ni mlm mmg susah nak tdo..rs contaction kerap malam.pastu reda balik.perut aku kekadang rs tegang sangat..

11 Aug ~ Da stat puasa.Puasa ni aku rs cam lemau sket..mengantuk sgtlah..nape ntah.. Plan mcm mggu dpn nak ambik cuti je..

15 Aug ~ Alhamdulillah..Akhirnya pada hari ini sy selamat bersalin pada pukul 9.02 malam.. awal 4 hari dari due date.

I feel really happy baby yang selama 9 bulan berada dalam kandungan saya telah selamat dilahirkan..syukur..dan terima kasih abang, keluarga dan kawan2 yang telah mendoakan saya =)

Love, an