Monday, January 31, 2011

~ Telinga Bayi Bernanah

Perkara yang berlaku amat merisaukan saya..lets find out!
1. Ada info dari MOH ni, yang palinh complete saya rasa untuk dijadikan rujukan:
or blh download pdf:
2. Ada juga dari web gamat emas ni, dia jual gamat untuk cure telinga tuh..
Masalah telinga bernanah sering berlaku pada kanak-kanak yang menghidapi selsema. Ini adalah kerana liang yang menghubungkan hidung dan telinga (Eustachius tube) adalah pendek dan memudahkan pergerakan hingus (bersama-sama kuman) bergerak ke telinga memandangkan hidung tersumbat. Ia akan menjangkiti telinga dalam dan mengeluarkan nanah yang akan membocorkan gegendang telinga. Jika kebocoran itu kecil, maka ia akan tertutup sendirinya apabila jangkitan tersebut sembuh. Tetapi jika kebocoran itu besar maka lubang itu akan kekal dan menyebabkan masalah pendengaran. Rawatan moden menggabungkan penggunaan antihistamina seperti Actifed dan antibiotik seperti Bactrim sering dapat melegakan masalah telinga bernanah. Sementara lubang pada gegendang perlu menjalani pembedahan menampal dengan menggunakan kulit luaran.
Macam mana nak rawat?
1. Dalam web MOH tu kata,
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:
-Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
-Ubat demam
-Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
-Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
-Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian
2. Yang jual gamat tu mesti la promote gamat dia:

Gamat membantu dengan kesan antihistaminanya yang mengelakkan dari Eustachius tube tadi menjadi tersumbat. Sementara kesan lawan radangnya dapat melegakan inflammasi telinga dalam. Kesan cell growth factor pula membantu membaik pulih gegendang telinga yang bocor. HGH juga mempunyai kesan membantu membaikpulih luka dengan segera. Vitamin A dan Zink di dalam C3 Spirulina membantu pemulihan luka pada gegendang yang rosak.
3. Ada juga tips rawatan secara tradisional:
Telinga bernanah adalah penyakit biasa yang dialami oleh budak2 dikampung2.Penyakit ni kalau tak cepat dirawat boleh menyebabkan gangguan pendengaran. caranya ambil sepotong daun lidah jin hijau, bakar hingga kulit luarnya agak hangus, picit hingga keluar airnya dan air ni dititiskan kedalam telinga pagi dan malam, insyaallah mujarab.
Setakat ni sy baru follow no 1. Ikut advice doctor dulu, guna ubat titis dan beri antibiotik..mudah2han berkesanlah ubat tu..amin..
Love, an

~ Fiqa sakit telinga?

Since last week kami dok perati telinga Fiqa banyak kuar tahi tinga..then org taska pun perasan mcm tu, depa advice suh p cek..Before that mmg saya ada notice yang dalam tinga dia ada mcm cecair warna putih.
Malam semalam kami pun bawalah Fiqa p check up telinga dia di klinik Pusrawi. A'a, sah le tu..bile doc teropong pakai alat dia ada nampak putih je, x leh nampak gegendang telinga Fiqa pun..Doc kata mungkin telinga Fiqa dah terkena jangkitan kuman..Doc bagi ubat titik telinga dan antibiotik..tujuannya untuk cuci telinga dia, biar kuar sumer bendasing yang dalam telinga dia tuh..Just see the effect within a week then, kalau x elok jugak, baru kena refer specialist..
Ya Allah..sembuhkanlah anakku..sian Cik Fiqa , telinga dia sakit rupanya..risau saya..bahayakah? apa effectnya? apa puncanya? boleh baik dgn cepat x? how to treat?pelbagai pertanyaan berkecamuk dalam otak sy..
Love, an