As Salam..
Lain anak, lain pengalamannya.Ya..begitulah ceritanya..saya kongsikan cerita bersalin anak ketiga. Due date anak ketiga ni adalah pada 2 April 2014. Sebelum due date, suami saya mengikuti working trip ke New Zealand pada 6-19 Mac 2014. Dengan yakinnya kami kata,
"baby sempat nak tunggu abi balik punya.."
Maka berlepaslah abi menaiki flight pada 6 Mac (Khamis).. kakak Fiqa dan Basirah dihantar ke kampung pada 8 Mac (Sabtu) memandangkan saya dah menjadi 'kenderaan berat'..huhu..
(* Saja insert- pada 8 Mac 2014 Flight MH370 hilang! #PrayforMH307) agak riso juga bila ada citer flight hilang ni..yang kebetulan abi pun tengah keje turun naik flight..
Depa ni excited je even without mama dan abinya..semoga bergumbira dengan acu, atok dan opah di kampung..
10 Mac 2014
Bekerja seperti biasa..siap berselfie n sent this picture to abi di NZ
Ada gambo muka nak beranak ke..haa..xde kan..balik pukul 6.30 petang..bawa segala macam fail..kononnya nak pulun malam ni..tetiba..
Eh2..tengah drive sakit pinggang kemain..xboleh nak stop sebab xde tempat nak stop..mak aih..nak confuse jap..ni contraction ke..(sebab dah lupa rasa contraction tu macam mana)..Kalau betul, i need to prepare..kena makan ni, kena singgah p beli makan dulu..tapi xdan, udah termuntah plak sebab terbatuk..Cancel beli makan.Terus balik rumah..Tak larat gile, sampai rumah terus mandi, baring..dan tertidur seketika..
Lepas maghrib..aih, sakit pinggang dah ilang, rasa tegang2 kat perut pulak..mengeras-ngeras perut aku ni..kebetilan sepupu message, tanya ok x duduk di rumah sorang..Huh apa lagi, suh le dema datang..nak p cek kat hospital.. (still kepala ni terfikir confuse., aih, masa dah time ke..?? ;)
Inilah insan yang telah membawa ambo balik kampung kelmarin & bawa ai ke hospital..Thanks a lot both of u..
9.30 pm
Admitted.Direct labour room.Buat VE.Tiada tanda.Tiada bukaan.Just contaction.
10.00 pm
Buat CTG, contraction yang kerap..datang selang seminit dan konsisten. Buat VE, 3cm! another 7 cm..macam2 dalam kepala..nak kuar baby malam ni ke??? Since due date macam lama lagi macam tak pecaya pula. Doctor pun tak ada malam ni..tiada tanda-tanda lain sepertimana nak beranak dulu, apo laie request ubat tahan sakit. Nurse pun nak tido tu..aku tau..dia pun nak suh aku tido jugak..
Sangat mengantuk ubat tahan sakit tu..sampai yus balik (adik saya) pun saya xsedor..Dan pandanganku makin kelam..dan tidoq ler..
Terjaga dalam pukul 3 pagi..Contraction macam dah slow & jarang-jarang..Show this room to abi via watsapps..see abi, im alone without u in labour room..pray for me..Dan juga Abi call via viber..abi xcaya, ingat saya main-main..ehhhh??? Ini bukan main-main , ini betul-betul !!
11 Mac 2014
6.15am
Contraction tenggelam timbul, solat subuh, dan buat solat hajat..mohon dipermudahkan..Banyak jalan-jalan dalam labour room..biar mudah..
Google doa minta permudahkan bersalin:
11am
Doc habibah check, 4 cm..hmm xbanyak, but since dah 4 cm doc said
"so u memang nak bersalin hari ni.."
Doc give me an option:
"so nak saya pecahkan air ketuban? biar lagi cepat"
yelah ..buat apa nak tunggu esok , lusa atau due date kann..kalau dah ini harinya..but I waiting for mama..accompany me in labour room..
3.30 pm
Doc pecahkan air ketuban..Contraction still slow..ini sampai ke petang sampai ke esok pun tak beranak kalau contraction dating jarang-jarang nih..tapi air ketuban dah pecah dah..hmm
And Doc give me an option again:
"So saya cucuk masuk air dan bagi ubatlah. Biar contraction makin kerap."
"Oklah..kalau lambat lagi tak sanggup nak tunggu"
Biarlah semua ni berlalu dengan cepat..walau apa cara sekalipun..Baru ku tahu..masuk ubat itu "induce"..
Detail mengenai induce, tengok sini http://drzubaidi.com/blog/mempercepatkan-proses-kelahiran-melalui-induksi/
Dan ape lagi..bermula lah episode datang kerapnya contraction..mak aih..Doc buat VE..ala..bukak 5 cm je ..alah..macam mana nih..
And.. Doc give me an option again..
"Boleh tahan ke tak tahan..awak nak ubat tahan sakit ke nak epidural?"
Doc explain the difference between those medication. Masa bersalin Bashirah saya dah pernah mengambil ubat tahan sakit. U still feel the pain but u still can take a deep breath and manage the stress agar tidak meneran awal.Kalau bukaan cepat, its bonus to u.Tapi ubat tahan sakit ni tak boleh diambil kerap.Ia boleh bertahan selama 5/6 jam sahaja..lepas tu hilanglah. Tapi epidural saya tak pernah try lagi.Epidural ni bius separuh badan dan boleh bertahan lama(lebih lama dari ubat tahan sakit). Doc bius akan mask ubat di tulang belakang kita.
Detail mengenai epidural? Tengok sini http://drzubaidi.com/blog/epidural-analgesia-semasa-melahirkan-anak/
So, since saya malas nak pk banyak, dan rasa bukaan tu jauh lagi nak sampai 10 cm, I've decided to take epidural.Ha..gitu..memang relax..boleh berborak-borak..tau-tau bila buat VE lagi sekali dah 9 cm..ha kau!
Macam mana rasa contraction bila ambik epidural? Dia feel macam menegang dan mengeras-ngeras je perut tu..tapi sakit xde..then bila nak push, doc akan ajar kita, so bila dating rasa menegang tu hah time tu lah kita meneran..meneran rasa macam nak berak taik keras..ha..macam u caranya..haha..doc Habibah said saya pandai meneran..3 kali push , done! kluar babynya..luka pun luka kecil saja..Alhamdulillah..
Alhamdulillah..maka lahirlah Muhammad Caliph Iman, 11 Mac 2014, 7.10 pm, 3.44kg
di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur. Semoga anak ini membesar sebagai khalifah beriman yang memakmurkan muka bumi Allah ini.
di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur. Semoga anak ini membesar sebagai khalifah beriman yang memakmurkan muka bumi Allah ini.
Thanks to everyone yang telah mendoakan.Alhamdulillah..syukur.. ;))
Love, an