Wednesday, January 19, 2011

~ Fiqa boleh meniarap

Semalam selepas balik kerja, Fiqa da bleh meniarap! Wah..sukanya kami bukan kepalang..cepat betul dia..x merengek2, tangan juga x tersangkut2..smooth jek..hebat la Fiqa nih..hehe..time dia baring bleh meniarap, tp xreti sgt nak balikkan badan nak baring semula..kalau nak meniarap pun dia bleh yang ke sebelah kiri..kanan mcm belum berapa boleh..xpe, slow2 bebeh.. chayo2!! usaha lagi..

Adeih..dengan susah payah..

Iyahh!!

Yeah! success!!

Love, an

Monday, January 3, 2011

~ Fiqa & Zafran

Semalam masa balik keje, kebetulan saya terjumpa ngan Ijah (sepupu) di Guardian bawah office, then balik tu dia kata nak tumpang saya balik. Ni juga 1st time fiqa nak p jumpa dgn datuk saudaranya, Yai Cop.
Ijah ni ada baby juga, lahir 2 minggu awal daripada fiqa. Kalau ikut history, Ijah pun lahir 2 minggu lebih awal daripada saya..mak ngan anak sama je..haha
Ni la kawan baru saya, Din Zafran!
ZafranSuka saya tengok fiqa main2 ngan Zafran, ..feel mcm kat nursery pulak..yelah..ada baby2..hehe..

Fiqa ni suka buat kajian benda-benda sekeliling..

Abi feel like ada twins baby..

E..geram saya tengok meka dua budak yang comei ni..ni lah anak-anak yang minum susu mama..;)

Love, an

Sunday, January 2, 2011

~ Fiqa masuk taska

Hari ni bermula 1 episod baru bagi Fiqa. Pagi tadi saya menghantarnya ke taska..ye la, awal2 tahun ni orang sibuk register anak sekolah,aa..skang my turn pulak..Nasib baik la taska kat tempat keje abi fiqa ni ada kosong, kalau x mau nya saya quit keje je jaga si comei ni...

Memula hantar je pagi2 dia da projek, wa.. nampaknya serasi betul dia ngan taska barunya ni..masa bersihkan dia, saya pun sempat la jenguk keliling dalam taska tu, yelah, melihat keadaan sekeliling, persekitarannya , pastikan selamat dan besih untuk anak saya..Alhamdulillah, all satisfied..


Best pulak rasa nya dok tengok dia tergolek sana sini. Kat taska ni, dia just pun baby atas tilam je..x de pakai buai..bagus juga. Pagi tu, bila baby2 da sampai, sumer da ek..ek.. nak susu..so para2 baby sitter pun da dok pegang baby tuk beri susu..cuma fiqa je, baik betul anakku ni..dia je dok tergolek sesorang ..pk ape ntah..

Fiqa tengah berfikir..

Fiqa pagi2 memang senang handle. Bagun kul 6 dan biasanya kul 8.30-kul 9 nnt baru dia nak susu..Oklah anakku, sekolah baik2, kawan baik2, belajar rajin2, jadi orang hebat!..mama nak p keje..chow!

Love, an

Friday, December 10, 2010

~ Rambut gugur selepas bersalin?

Skang ni fiqa da nak msk 4 bulan. Start 3 bulan ari tu dia da stat main air liur. Dia suka wat bubbles! Memula jiran saya perasan yang fiqa main air liur, then dia tanya saya ada gugur rambut x. Time tu saya x perasan problem gugur rambut ni, pastu, bile saya perati, a'a, betul rupanya. Bila sikat rambut, banyak yang gugur.



Fiqa suka wat bubbles!

Bubbles lagi..


Apa puncanya?
Keguguran Rambut Selepas BersalinKeguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita. Wanita bukan sahaja perlu menjaga anak-anak malah mereka juga perlu menjalankan kerja di rumah dan pejabat. Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi mereka!

Apakah keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin?Wanita dikatakan kelihatan paling berseri semasa mengandung. Rambut adalah cantik dan muka mereka penuh dengan kegembiraan… wanita-wanita ini memang bahagia. Jadi kenapakah masalah keguguran rambut dihadapi? Sebenarnya semasa tempoh hamil, wanita-wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik. Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut.

Selepas kelahiran anak, jumlah kehilangan darah yang banyak dan perubahan yang besar pada peredaran darah serta kadar metabolisme menyebabkan hormon sukar dilaraskan. 3 hingga 5 bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur. Wanita-wanita ini juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin.

Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin:
-Keguguran rambut 3-5 bulan selepas bersalin
-Keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
-Dalam kes yang lebih serius, rambut gugur sercara bertompok-tompok.


Ciri-ciri keguguran rambut selepas bersalin:
1. Kulit kepala berminyak atau gatal.


Kelenjar minyak yang terlalu aktif akan merembeskan banyak minyak sehingga menjadikan rambut berminyak. Apabila ini berlaku, anda tidak akan dapat membersihkan kotoran-kotoran itu dengan syampu biasa.

2. Keguguran “Rambut Bayi”

Rambut jenis ini akan mula gugur jika terdapat masalah pada folikel rambut.

Umumnya, rambut yang gugur akan tumbuh semula selepas kira-kira 5 bulan. Walau bagaimanapun, jika rambut anda terus gugur selepas tempoh 5 bulan dan kulit kepala semakin jelas kelihatan, anda tidak patut mengabaikannya! Ini akan menjadikan anda tua dan lesu, langsung tidak seperti ibu baru. Selain itu, masalah keguguran rambut anda juga akan menjadi masalah kekal. Apabila nasi sudah menjadi bubur, menyesal pun tidak ada gunanya!

Itulah sebabnya anda perlu mendapatkan konsultasi profesional jika anda mula keguguran rambut 3 bulan selepas bersalin. Anda akan dapat menyelesaikan masalah rambut anda dan mendapat kembali rambut yang lebat dalam masa yang tersingkat.




Bila saya da dapat info tu, baru saya tau benda tu normal. Its cause of our hormon. Boleh recover balik after 5th month,otherwise, kena cari shampoo rawatan yang sesuai/ jumpa specialist!



Love, an

Thursday, December 2, 2010

~ TV Plasma / TV HD?

Dalam kepala saya rs mcm nak beli tv baru, tv yang sedia ada cam nak hantar kampung aje. Tapi semua idea telah di'reject' oleh abi..Abi kata "kalau nak beli, tunggu jelah bila pindah rumah kita nanti..nnt karang kalau pindah rosak pulak tv tu.." betul juga..tapi saya nak survey juga ..antara plasma ngan HD mana yang best.
So ape lagi, kalau nak beli barang, kena la kumpul duit skang! Moral of the story, elakkan berhutang..
Love, an